Media Centre

 

 

2 lagi kawasan liputi Unifi

23 Feb 2012, by Harian Metro

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) akan menyediakan dua lagi kemudahan internet berkelajuan tinggi UniFi di Pulau Pinang Julai ini bagi memenuhi permintaan pelanggan, selain memperluaskan perkhidmatan itu di negeri itu. Pengurus Besar Negeri TM Pulau Pinang, Azhar Omar berkata, dua kawasan terbabit ialah di Butterworth dan Bukit Mertajam sebagai tambahan kepada kemudahan UniFi yang ditawarkan di kawasan Bukit Tengah, Seberang Jaya dan Bayan Baru.

“Sejak perkhidmatan ini diperkenalkan pada September tahun lalu, terdapat lebih 1,000 pelanggan UniFi di Pulau Pinang,” katanya selepas majlis pelancaran TMPoint TM Authorised Dealer (TAD) dikendalikan CA Telecommunications Sdn Bhd di Pusat Perniagaan Alma, Seberang Prai, Pulau Pinang, semalam.

Sementara itu, katanya TM menyasarkan 60 hingga 80 cawangan pusat sehenti di bawah program TAD akan dibuka di seluruh negara sehingga akhir tahun ini sebagai tambahan kepada 42 cawangan TAD sedia ada ketika ini.

 
 
Share |