|
|
|
Pengarang laman web minta maaf kepada PM Singapura
23 Feb 2012,
by Harian Metro
SINGAPURA: Sebuah laman web politik semalam meminta maaf kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong atas paparan artikel yang mendakwa wujud amalan nepotisme dalam pelantikan isteri perdana menteri sebagai ketua firma pelaburan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan.
Temasek Review Emeritus yang terkenal dengan penerbitan artikel anti-kerajaan berkata, artikel itu dibuat tanpa sebarang rujukan.
Peguam Hsien Loong Ahad lalu menulis kepada pengarang laman web itu menuntut permohonan maaf dan menghentikan penyiaran artikel itu yang diterbitkan pada 16 Februari lalu. “Kami meminta maaf sepenuhnya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong atas dakwaan yang memalukan dan menyusahkan itu,” kata pengarang laman web itu, Richard Wan dalam leman web itu, semalam. - AFP
|
|
|
|
|