Menyelesaikan Aduan

 

 

Bagaimana Kami Mengendalikan Aduan

how we manage complaints

Pengguna boleh membuat aduan kepada kami menerusi 5 saluran yang kami sediakan.  Sebaik-baiknya, buat aduan dalam talian menggunakan Portal Aduan Dalam Talian (CoP) kami atau buat aduan di sini:

Sesuatu aduan diakui dibuat dari masa seseorang pengguna membangkitkan rasa tidak puas dengan Kualiti Perkhidmatan kepada Pemberi Perkhidmatan.  Peranan CFM akan hanya dianggap wajar menurut apa yang digariskan dalam KAPA.

Kami menilai semua aduan yang dikemukakan kepada kami berasaskan KAPA.  Kami hanya menerima aduan berkaitan perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia dan hanya mula campur tangan selepas Pemberi Perkhidmatan diberi peluang untuk menyelesaikan aduan.

Jika aduan boleh kami tangani dan tepat pada masa kami boleh campur tangan, kami akan memulakan proses penyiasatan.

Bagaimana kami mengendalikan aduan dan berapa lama masa yang kami ambil untuk mendapatkan penyelesaian bergantung pada sejauh mana rumitnya aduan dan secepat mana kami boleh mendapatkan semua fakta yang berkaitan.

complaints manage

 
Share |