Keahlian

 

 

Menjadi Ahli

Ahli CFM

Pemberi Perkhidmatan dikehendaki menjadi ahli bagi kategori “Bekalan” sebaik sahaja mereka mendapat lesen untuk mengendalikan sebarang Rangkaian Perkhidmatan. Orang ramai boleh menjadi ahli CFM menerusi perwakilan persatuan pengguna dalam CFM bagi kategori “Permintaan”.

Sebagai ahli CFM, sesebuah organisasi wajib mematuhi peraturan yang terkandung dalam PERLEMBAGAAN “FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA”

Faedah Keahlian CFM

Sungguhpun keahlian CFM adalah wajib bagi pemegang lesen yang layak, mereka boleh mendapat beberapa manfaat daripada keahlian CFM.

  • CFM menimbangkan kepentingan kedua-dua belah pihak dalam pertikaian, bukan sahaja pihak yang membuat aduan, dan di mana perlu, CFM membantu pihak yang terbabit mencari penyelesaian yang adil.
  • Keahlian CFM boleh meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pemberi kerana pelanggan dan bakal pelanggan tahu bahawa mereka boleh menghubungi CFM jika mereka mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan terus dengan pemberi perkhidmatan.
  • Keahlian CFM juga memberi kesan positif ke atas imej korporat pemberi kerana mereka berada dalam kedudukan bersedia untuk menyelesaikan isu dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mengikut keperluan pengguna.
  • CFM berhasrat untuk mula mengamalkan Penyelesaian Pertikaian Alternatif, untuk menyelesaikan aduan pengguna di luar proses undang-undang biasa. Cara ini tidak membabitkan kos tinggi dan menjimatkan masa dalam menangani aduan pelanggan yang mungkin sepatutnya di bawa ke mahkamah.
  • Keahlian membolehkan ahli turut serta dalam merangka, menggubal dan menyediakan kod yang melindungi hak-hak pengguna menurut peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • CFM berhasrat untuk memupuk hubungan kerjasama dengan ahlinya, dan di mana boleh, untuk membantu ahlinya melaksanakan strategi untuk memahami secara lebih baik punca aduan. Sebagai contoh, CFM boleh membacakan terma dan syarat kontrak dan memberikan maklum balas tidak formal mengenai bahagian yang boleh dianggap mengelirukan atau memperdayakan pengguna.
  • CFM boleh memberikan statistik kepada ahli-ahli mengenai bilangan dan bentuk aduan yang diterima mengenainya. Data ini berguna untuk membantu ahli mengenal pasti isu perkhidmatan pelanggan dalaman.
Keahlian & Yuran Keahlian
AHLI PEMBEKAL
BIASA
AHLI PERMINTAAN
BIASA
AHLI BERSEKUTU (ORGANISASI)
AHLI BERSEKUTU (INDIVIDU)
Yuran Kemasukan RM1,000 Yuran Kemasukan RM10 Yuran Kemasukan RM100 Yuran Kemasukan RM10
Yuran Tahunan
RM 3,000
Yuran Tahunan
RM 30
Yuran Tahunan
RM 200
Yuran Tahunan
RM 20
Yuran kemasukan dan yuran keahlian tahunan tersebut di atas dikenakan ke atas semua Ahli Biasa kecuali Ahli Biasa yang diklasifikasikan oleh Majlis sebagai termasuk dalam definisi Organisasi Bukan Kerajaan, Kumpulan Kepentingan Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Ahli Biasa yang diklasifikasikan oleh Majlis sebagai termasuk dalam definisi Organisasi Bukan Kerajaan, Kumpulan Kepentingan Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Yuran kemasukan dan yuran keahlian tahunan tersebut di atas dikenakan ke atas semua Ahli Bersekutu yang bukan individu. Yuran kemasukan dan yuran keahlian tahunan tersebut di atas dikenakan ke atas semua individu yang menjadi Ahli Bersekutu.


 

Borang Keahlian

Borang keahlian boleh didapati di pautan di bawah atau sekretariat CFM di alamat dan nombor hubungan yang disediakan di bawah. Terdapat dua kategori keahlian:

  1. Keahlian Biasa – dibuka kepada organisasi komersial, kumpulan kepentingan awam, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi.
  2. Keahlian Bersekutu – dibuka kepada organisasi komersial bukan dilesenkan SKMM dan individu.

Klik kanan dan pilih Save As / Save Link As atau klik pada pautan melihatnya talian.

Download CFM Membership Application Form Borang Menyertai Keahlian CFM
(PDF, 244kb)

Get Adobe Acrobat Reader Now! You need to have Acrobat Reader software to view these PDF files. Acrobat Reader is distributed by Adobe Systems Incorporated free of charge.

 

 

 
Share |