Menyelesaikan Aduan

 

 

Hak Anda

Hak Anda sebagai Pengguna
Sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan daripada pemberi perkhidmatan anda. Semua Pemberi Perkhidmatan Komunikasi & Multimedia dikehendaki berurusan secara munasabah dengan pengguna dan menyelesaikan aduan pengguna menurut Kod Amalan Pengguna Am (KAPA).

KAPA adalah kod amalan kawal selia kendiri industri yang berdaftar dengan SKMM. KAPA digubal oleh CFM untuk menggalakkan piawaian etika perniagaan dan tatalaku paling tinggi menerusi urus tadbir kendiri.

Hak Anda Untuk Menyelesaikan Aduan
Jika anda tidak mendapat perkhidmatan komunikasi yang memuaskan, anda hendaklah menangani rasa tidak puas hati anda dengan segera.

Anda BERHAK untuk menangani sebarang rasa tidak puas hati atau menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan Pemberi Perkhidmatan talian telefon tetap, telefon mudah alih, internet, televisyen, radio dan kandungan mudah alih.

Jika Pemberi Perkhidmatan anda tidak menyelesaikan aduan anda dengan memuaskan, anda boleh mendapatkan bantuan kami untuk mencari jalan PENYELESAIAN.

 
Share |