Kod Kami

 

 

Kod Pengguna Am

KOD PENGGUNA AM

Bahagian 4 : Pematuhan Kod oleh Pemberi Perkhidmatan

1.0 Pemberi Perkhidmatan hendaklah menurut yang berikut untuk menjamin pematuhan kepada Kod dan Subkod :-

  • Merangka dasar dan prosedur pematuhan yang sewajarnya.
  • Memastikan bahawa dasar, prosedur dan Kod pematuhan dihebahkan kepada kakitangan Pemberi Perkhidmatan.
  • Merangka prosedur atau program sewajarnya untuk mendidik kakitangan tentang Pematuhan Kod.
  • Melaksanakan struktur pengurusan barisan untuk memantau pematuhan polisi, prosedur dan Kod.
  • Menetapkan atau menubuhkan unit khusus untuk mengurus, menyelaras atau mengendalikan isu berkaitan dengan pematuhan kod.
  • Bekerjasama dengan Forum Pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Kod.
  • Di mana berkenaan, memastikan Kod diterbitkan kepada pihak ketiga yang berganding bahu dengan Pemberi Perkhidmatan dalam menyediakan perkhidmatan ini.

 
Share |