Kod Kami

 

 

Kod Pengguna Am

KOD PENGGUNA AM

Bahagian 5 : Pelaporan

1. Tinjauan

1.1

Forum Pengguna akan menyediakan laporan kemajuan dari masa ke masa untuk membantu dalam pemantauan dan penilaian berterusan Kod. Laporan kemajuan akan mencatatkan:

  1. perlanggaran Kod yang dikenal pasti seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 6, 1.2 (d) (bahagian mengenai Tindakan), dan tindakan pembetulan (atas dasar tanpa nama);
  2. keadaan di mana aduan ditolak seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 6, 6B 6.4 (aduan pengguna) dan Bahagian 6, 6 C 6.6 (aduan industri), dan sebab bagi penolakan;
  3. program publisiti dan pendidikan;
  4. mengenal pasti aduan berulang seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 6, 1.2 (b) dan langkah yang diambil untuk mengatasinya;
  5. statistik mengenai aduan yang dinyatakan dalam Bahagian 6, 1.2 (c) dan penyelesaiannya, yang digariskan dengan butiran yang sewajarnya;
  6. aktiviti pemantauan Forum Pengguna yang dilaksanakan;
  7. langkah yang diambil oleh Pemberi Perkhidmatan dalam merangka sistem pemantauan dalaman;
  8. kos dan butiran lain mengenai pentadbiran kewangan;
  9. peningkatan berterusan dalam prinsip dan pentadbiran Kod; dan
  10. pembangunan teknologi yang dijangka memberi kesan terhadap prosedur operasi yang dirangkumi oleh Kod dan langkah yang disyorkan akan diambil oleh Forum Pengguna untuk menangani isu-isu tersebut.
1.2 Laporan kemajuan akan dihebahkan menerusi penerbitan Forum Pengguna.
1.3 Laporan kemajuan akan disediakan kepada orang ramai atas permintaan.
1.4 Laporan tahunan Forum Pengguna akan memuatkan ringkasan semua laporan kemajuan bagi tahun yang berkenaan.

Bahagian 5 : Topik

 
Share |