Menyelesaikan Aduan

 

 

Membetulkan Keadaan

making it right

Jika kami mendapati Pemberi Perkhidmatan tidak bertindak dengan betul, kami akan mencadangkan apa yang patut dilakukan untuk membetulkan keadaan.

CFM akan menganalisis dan menyiasat aduan untuk menentukan sama ada KAPA tidak dipatuhi.

Jika dalam proses menganalisis aduan kami mendapati bahawa aduan yang sama pernah diselesaikan dengan cara yang praktikal, kami akan mencadangkan penyelesaian yang praktikal kepada Pemberi Perkhidmatan dan mungkin termasuk tindak segera seperti:

  • Beberapa tindakan yang praktikal
  • Memberikan penjelasan
  • Membetulkan segera punca masalah

Sebaik sahaja kami mengesahkan bahawa KAPA tidak dipatuhi, kami akan menimbangkan faktor berikut untuk memutuskan tentang jenis tindakan yang diambil ke atas Pemberi Perkhidmatan:

  • Betapa serius ketidakpatuhan tersebut
  • Tingkah laku Pemberi Perkhidmatan pada masa lepas berkaitan pematuhan KAPA
  • Pernyataan yang dibuat oleh Pemberi Perkhidmatan berhubung dengan dakwaan melanggar Kod

CFM boleh mengeluarkan ingatan tentang pematuhan untuk memastikan pematuhan Pemberi Perkhidmatan, termasuk:

  • Mengeluarkan notis ingatan
  • Mengeluarkan notis amaran

Kami akan terus memantau status ketidakpatuhan hingga pembetulan dibuat dengan memuaskan.

 
Share |