Menyelesaikan Aduan

 

 

Penyelesaian yang sesuai dan tepat pada masanya

an appropriate and timely resolution

Kami bekerja dalam had masa yang dinyatakan dalam KAPA.  Jadi, adalah penting untuk kami mengetahui dengan secepat mungkin sama ada pengguna menerima atau menolak cadangan penyelesaian.

Jika penyelesaian nampak jelas dan mudah sebagaimana yang dicadangkan oleh Pemberi Perkhidmatan, kami akan pastikan sama ada pengguna bersedia untuk menerimanya.

Jika aduan adalah dalam bentuk yang memerlukan penyelesaian pertikaian, kami mungkin memutuskan bahawa penyiasatan perlu dijalankan.  Kami akan meminta Pemberi Perkhidmatan memberikan segala maklumat yang berkaitan.  Kami akan meneliti semua fakta dan menyediakan laporan bertulis yang memberikan pandangan kami tentang aduan dan mencadangkan tindakan, jika ada, yang patut diambil.

Kami menyediakan laporan sama ini dalam sistem CoP yang boleh dicapai oleh Pengadu dan Pemberi Perkhidmatan.  Dalam kebanyakan aduan, kedua-dua pihak bersetuju dengan keputusan kami dan ini membolehkan proses ditamatkan.  Kami seterusnya memastikan syarikat melaksanakan apa yang telah dipersetujui antara Pengadu dan Pemberi Perkhidmatan.

Jika Pengadu atau Pemberi Perkhidmatan mendapati ada kesilapan fakta yang ketara, atau terdapat bukti penting baru yang akan mempengaruhi penyelesaian yang dicadangkan, kami perlu diberitahu mengenainya secara bertulis.  Kami kemudian akan menyemak semula kes dan membuat keputusan.

Jika Pengadu dan Pemberi Perkhidmatan kemudian bersetuju, kami akan menulis dan mengesahkan keputusan.

Jika di peringkat ini Pengadu atau Pemberi Perkhidmatan masih tidak puas hati dengan penyelesaian kami, mereka boleh menulis dan memberitahu kami sebabnya, dan kami akan menimbang dan mencadangkan proses selanjutnya yang sesuai kepada Pengadu.

Kami bekerja mengikut had masa yang ditetapkan dan kami berhasrat untuk menyelesaikan aduan dengan secepat mungkin.  Adalah penting untuk kami mengetahui dengan secepat mungkin sama ada Pengadu dan Pemberi Perkhidmatan menerima atau menolak penyelesaian yang dicadangkan.

 
Share |