Menyelesaikan Aduan

 

 

Apa yang berlaku selepas saya membuat aduan?

what happens after my complaint has been lodged

  • CFM akan membuat perakuan penerimaan dan mengeluarkan nombor rujukan fail dalam masa 1 hingga 3 hari kerja.
  • CFM akan berusaha untuk menyelesaikan aduan yang anda kemukakan.
  • Pegawai CFM yang bertanggungjawab akan membuat susulan dan memantau perkembangan kes anda hingga kes diselesaikan.  Pemberi Perkhidmatan dikehendaki membuat perakuan dan memberikan cadangan yang dapat menyelesaikan aduan dalam masa 7 hari kerja.
  • Kod Amalan Pengguna Am menetapkan bahawa 95% daripada aduan diselesaikan dalam jangka masa tidak melebihi 30 hari kerja dari tarikh semua maklumat atau dokumen sokongan yang berkaitan aduan dikemukakan sebagaimana yang diminta oleh Pemberi Perkhidmatan.
  • Pada bila-bila masa, anda boleh menyemak status aduan anda dengan melayari laman CoP.
 
Share |